top of page

Larian Pisompuruan Sempena Hari Malaysia Meriah di Kadamaian

  • nabalunews
  • Sep 19
  • 1 min read


ree

18 September 2025


KOTA BELUD: Acara Larian Pisompuruan sempena sambutan Hari Malaysia yang berlangsung pada 15 September lalu mencatatkan penyertaan hampir 200 peserta, sekali gus menjadikan penganjuran anjuran Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud itu meriah dan berjaya.


Program berkenaan dimulakan dengan senaman zumba sebelum para peserta dilepaskan serentak untuk menamatkan laluan sejauh lebih kurang tujuh kilometer. Suasana penuh semangat dan patriotisme menyerikan lagi acara tersebut yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Dalam kategori lelaki, Sheron Saliman muncul juara dengan catatan masa 26 minit 35 saat, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500. Tempat kedua disandang oleh Azrulkhairi Sardan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jemson Daikin.

ree

Bagi kategori wanita, Natahsya Soon dinobatkan sebagai pemenang dengan catatan masa 41 minit 49 saat. Fariza Sumping menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga diraih oleh Cecilia Maksimon.


Majlis pelepasan acara berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin, yang hadir mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat kepada para peserta yang bersedia menamatkan cabaran larian tersebut.


Ketua Pemuda UPKO Kota Belud selaku pengerusi penganjur, Jolyhame Saran, merakamkan penghargaan kepada Ewon atas sokongan yang diberikan terhadap penganjuran program berkenaan. Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan acara sehingga dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh meriah.

ree

Larian Pisompuruan bukan sahaja menonjolkan aspek kesihatan dan kecergasan, malah berperanan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Kadamaian. Dengan kejayaan penganjurannya, acara ini dilihat berpotensi untuk diteruskan sebagai program tahunan yang dinanti-nantikan pada masa hadapan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page