Larian Ulu Kadamaian promosi eko pelancongan di Kg. Kiau, 8 Okt ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Larian Ulu Kadamaian promosi eko pelancongan di Kg. Kiau, 8 Okt ini



3 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Larian Ulu Kadamaian 2022 bagi mempromosikan keindahan kawasan Ulu Kadamaian akan diadakan di Kg.Kiau pada 8 Oktober ini.


Pengerusi Program Alex Saibun berkata, larian sejauh 17 kilometer yang julung kainya dianjurkan melibatkan laluan mencabar iaitu trail (hutan) dan jalan raya.


“Antara tujuan penganjuran larian Ulu Kadamaian ialah mempromosikan keindahan alam semulajadi di kawasan Ulu kadamaian.


Alex Saibun

“Disamping itu, ia juga bertujuan untuk membantu merancakkan semula aktiviti eko pelancongan, agro tourism dan memberi peluang kepada pengusaha homestay di Ulu kadamaian seperti Tanak Nabalu dan Guas Nabalu homestay,” katanya.


Larian itu dianjurkan oleh JPKK dan KRT ulu kadamaian (Kg. Kiau Taburi, Kg.Kiau Nuluh, Kg. Kiau Bersatu, Kg.Lobong-Lobong dan Kg. Kaung) dengan kerjasama KARC (Kadamaian Advencture Race Challenge).


Alex berkata, acara itu terbuka kepada semua pelari seluruh Sabah berumur 18 tahun ke atas.


“Bagi peserta dibawah 18 tahun, mereka perlu ada penjaga yang bersama-sama menyertai larian itu,” katanya dan menambah pihak penganjur mensasarkan Kira-kira 350 peserta menyertai larian itu.


Yuran penyertaan bagi individu sebanyak RM135 dan bagi peserta berkumpulan (10 orang) RM125.


Tarikh akhir pendaftaran pada 10 September ini.


Bagi yang berminat boleh mendaftar dengan menghubungi ahli jawatankuasa penganjur Cter (0162828241), Miche (0199425360), Vivia (0128418164) atau Paulina (0138511471).

bottom of page