top of page

Latihan Kelawar: Pesawat terbang rendah di Tawau, Semporna dan Lahad Datu

  • nabalunews
  • Jul 30, 2024
  • 1 min read

30 Julai 2024


TAWAU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharap orang ramai tidak cemas atau risau jika melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan penerbangan taktikal bagi aset udara dikenali Latihan Kelawar 2024 di sekitar Tawau, Semporna serta Lahad Datu mulai 1 hingga 10 Ogos ini.


TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan latihan itu dilaksanakan di kawasan Op Pasir membabitkan aset udara iaitu helikopter dan Pasukan Khas TUDM.


Menurut kenyataan TUDM, latihan itu bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal.


"Selain itu, ia memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik serta ancaman pada waktu malam," kata kenyataan itu lagi.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page