top of page

PPM Kadamaian Sumbang Dana Khas untuk Pembelian Kenderaan Kampus BTS

  • nabalunews
  • 25 minutes ago
  • 1 min read


16 Mei 2025


KOTA BELUD : Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis, mewakili Datuk Ewon Benedick selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan dana khas Tabung Kenderaan kepada Kampus Borneo Theological Seminary (BTS) yang terletak di Melangkap, Kota Belud.


Dana khas ini bertujuan untuk membiayai pembelian sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Rouge Double Cab, yang akan digunakan bagi menyokong aktiviti pelayanan luar kampus dan kerja-kerja penginjilan.


Menurut Saikom, sumbangan ini merupakan langkah strategik bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan kampus serta memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti luar seperti misi kemasyarakatan dan keagamaan. Beliau turut menegaskan bahawa pemilikan kenderaan ini amat penting dalam memperkukuh mutu perkhidmatan serta kecekapan program pengurusan kampus secara keseluruhan.


Ketua Kampus BTS, Jalius Ahubat, yang mewakili pihak penerima, merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh pihak PPM dan pemimpin setempat. Beliau berharap sumbangan ini akan menjadi pemangkin kepada penyebaran ilmu keagamaan dan pelaksanaan program komuniti, khususnya di kawasan pedalaman.


Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan secara rasmi di pejabat Pusat Khidmat ADUN Kadamaian.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page