top of page

LAWATAN KERJA RASMI MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR KE SABAH DITUNDA

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 14, 2021
  • 1 min read


14 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Lawatan kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr.Abd Latiff Ahmad ke Sabah yang dijadualkan pada 15 hingga 18 Julai 2021 ditunda ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.


Menurut makluman yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Facebook rasmi KPLB, penundaan itu mengambil kira situasi semasa dengan lonjakan statistik jangkitan baharu Covid-19 yang mencecah 11,079 kes dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu.


“Dengan ini dimaklumkan bahawa Lawatan Kerja Rasmi Menteri Pembangunan Luar Bandar ke Sabah yang dijadualkan pada 15 hingga 18 Julai 2021 ditunda ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak,” menurut kenyataan itu.


"Kementerian sentiasa menyantuni dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam usaha membendung pandemik Covid-19.


"Kementerian memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul di atas perkara ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page