Lawatan tapak Hari Orang Asal Sedunia di Kadamaian Square Taginambur
- Wartawan Nabalu News
- Jul 20, 2024
- 1 min read

20 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Persiapan sambutan Hari Orang Asal Sedunia yang dijadualkan berlangsung di Kadamaian Square, di sini pada 8 Ogos nanti, sedang giat dijalankan.
Ketua Pegawai Khidmat Perhubungan ADUN N11 Kadamaian merangkap Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Carlye Lajimin, bersama wakil daripada Momogun National Congress (MNC), Alfred Korom mengadakan lawatan ke Kadamaian Square bagi meninjau persiapan program tersebut.
Lawatan ini susulan kunjungan terdahulu rombongan MNC diketuai Presidennya, Tan Sri Wences Anggang, yang memilih Kota Belud sebagai tuan rumah sambutan tahun ini.

Dianjurkan setiap 9 Ogos, sambutan ini bertujuan meraikan budaya dan warisan masyarakat Orang Asal.
Hari Orang Asal Sedunia adalah acara tahunan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta hak-hak Orang Asal di seluruh dunia.















Comments