Lebih 1,000 hadir sokong agenda “Sabah First” di Bandau
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

22 November 2025
BANDAU: Kehadiran lebih 1,000 penduduk sekitar Bandau yang tampil membanjiri Program Jelajah Sabah First, jelas menunjukkan sokongan terhadap calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Suzie Salapan.
Suzie, yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau berkata, kehadiran penyokong membuktikan mereka mahu kepimpinan UPKO diberi mandat bagi membawa perubahan yang lebih baik untuk kawasan itu.
“Kehadiran dan sokongan padu golongan penduduk bukan sahaja dari Kampung Tagaroh malah sekitar Bandau menjadi penyuntik semangat untuk kami terus setia memperjuangkan prinsip "Sabah First" melalui UPKO.

“Kehadiran mereka membawa mesej jelas bahawa Bandau perlukan perhatian, dan kita perlukan perubahan yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat,” katanya pada program itu di Kampung Tagaroh, di sini, baru-baru ini.
Pada program itu, Suzie turut membentangkan 11 teras dalam manifestonya “Untuk Bandau Yang Lebih Baik”.
Menurutnya, teras yang dirangka merupakan manifestasi harapan penduduk kawasan itu yang merangkumi pembangunan inklusif, ekonomi mampan dan pentadbiran berintegriti.
Pada PRN17 ini, DUN Bandau menyaksikan persaingan 13 penjuru daripada calon pelbagai parti politik dan calon bebas.
Selain Suzie dari UPKO, turut bertanding ialah Redonah Bahanda (GRS), Willey Lampaki (BN), Rizham Abd Rahman (Warisan), Sitti Haima Jailani (PKS), Sauting Rabuyot (PIS) dan Jaiping Minsu (KDM), Norman Tulang (ASPIRASI), Rob Banati (PBK), dan Zaidi Jatil (PH).
STAR meletakkan Shirewin Davin Patrick @ Joman, manakala dua calon Bebas adalah Maijol Mahap dan Jolius Majawai.


















Comments