top of page

Lebih 1,000 Hadir Sokong Agenda ‘Sabah First’ di Gum-Gum

  • nabalunews
  • 15 minutes ago
  • 1 min read
ree

26 November 2025


LIBARAN: Kehadiran lebih 1,000 penduduk pada Program Jelajah Sabah First di Gum-Gum membuktikan sokongan padu terhadap calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Dr Peter Jr Naintin.


Dr Peter menyifatkan sambutan yang memberangsangkan itu menunjukkan hasrat rakyat untuk melihat kepimpinan UPKO diberi mandat membawa perubahan lebih baik, bukan sahaja untuk kawasan tersebut tetapi juga untuk Sabah secara keseluruhannya.


Beliau yang juga Ketua Bahagian UPKO Libaran menegaskan bahawa semangat serta suara rakyat menuntut pemimpin yang berprinsip, berintegriti dan mempunyai kesungguhan memperjuangkan agenda rakyat.

ree

“Kami menawarkan pasukan progresif yang berpengalaman dalam merealisasikan pembangunan modal insan dan memacu ekonomi tempatan di bawah agenda Sabah First,” katanya pada Program Jelajah Sabah First oleh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, di sini, semalam.


Program jelajah itu dilaksanakan antaranya bagi memperjelaskan pendirian UPKO berhubung keputusan semakan kehakiman mengenai hak 40 peratus hasil Sabah yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS) di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini.


Ia juga bertujuan menyemarakkan semangat 'Sabah First' iaitu perjuangan parti tempatan yang mendahulukan hak-hak rakyat Sabah dan agenda pembangunan rakyat.


Dr Peter berdepan saingan sembilan penjuru bagi kerusi Gum-Gum menentang Yunus Nurdin (PN), Abdul Said Pimping (PH), Arunarnsin Taib (Warisan), Esnin Satur (PIS) serta empat calon bebas iaitu Asmawi Asa, Mohd Yusuf Yoda, Fadly Voon dan Salzo Asa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page