top of page

Lebih 10,000 orang menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina negeri

  • nabalunews
  • Feb 17
  • 1 min read

17 Februari 2026


KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa.


Majlis tersebut diserikan oleh Ketua Negeri Tun Musa Aman dan isteri beliau, Toh Puan Faridah Tussin, bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.


Tun Musa dan Hajiji yang ditemani oleh Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan, Datuk Jafry Arifin kemudian memimpin upacara memukul gendang untuk menandakan pembukaan rumah terbuka tersebut.

Tun Musa dan Hajiji serta tetamu jemputan lain turut melakukan acara tradisi Tahun Baharu Cina mengaul Yee Sang.

Tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada artis tempatan dan kumpulan tarian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page