LEBIH 170,000 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN SASAR SETAKAT INI: SHAHELMEY
- Wartawan Nabalu News
- Nov 16, 2020
- 1 min read

16 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak 173,658 bakul makanan kepada golongan sasar yang memerlukan di 27 daerah setakat ini.
Beliau berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan dan Kota Belud.
“Pengagihan itu turut dilakukan di daerah lain iaitu Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Shahelmey berkata, kementeriannya juga giat mengagihkan bakul makanan di beberapa daerah lain.
Beliau berkata, pada hari ini sebanyak 4,313 bakul makanan diagihkan di 14 daerah.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,499 bakul makanan diagihkan di Keningau, diikuti Sandakan (691), Pitas (667), Kota Belud (368), Tuaran (329), Kalabakan (250), Tongod (192), Ranau (142) Tenom (72), Nabawan (26), Beluran (26), Kota Marudu (21), Putatan (15) dan Kunak (15), katanya.















Comments