Lebih RM30,000 sumbangan kebajikan disalurkan di Kadamaian sejak Jan 2021 - April 2022
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih RM30,000 sumbangan kebajikan disalurkan di Kadamaian sejak Jan 2021 - April 2022


Ewon (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Dusie Kahit (dua kanan) mewakili anaknya.

14 April 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menghulurkan sumbangan lebih RM30,000 melalui Program Sentuhan Kasih Adun Kadamaian sejak Januari 2021 hingga April tahun ini. Pada hari ini Ewon menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Puan Dusie Kahit di Kampung Sogoh Narinang untuk anaknya yang memerlukan kerusi roda akibat kemalangan jalan raya. “Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga berkenaan. Kita akan terus membantu penduduk Kadamaian yang memerlukan bantuan dan ini adalah komitmen berterusan saya,” katanya.

Ewon (kanan) menyampaikan sumbangan pendidikan kepada bapa pelajar dari Kg. Lahanas, di Pejabat Adun Kadamaian, hari ini.

Semasa perjumpaan bersama penduduk kampung di Pejabat Adun hari ini, Ewon menyampaikan sumbangan pendidikan kepada seorang pelajar dari Kg.Lahanas, Lominah Duin yang kini menuntut di sebuah Institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Berdasarkan rekod Pusat Khidmat Adun Kadamaian sejak Januari 2021 hingga 14 April ini, lebih RM30,000 sumbangan kebajikan diberikan kepada 118 penerima. Program Sentuhan Kasih Adun Kadamaian ini merangkumi sumbangan takziah, kelahiran, bantuan kecil rawatan hospital atau pesakit kronik dan bantuan kecil pendidikan.

Ewon meluangkan masa melawat warga tua yang terlantar sakit di Kampung Sogoh Narinang.

Sementara itu Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Dr.Rizoh Bosorang berkata, program sumbangan kebajikan yang diperkenalkan oleh Ewon khusus untuk setiap kelahiran dan sumbangan takziah bagi penduduk di DUN Kadamaian diteruskan sehingga kini. Katanya, sejak program itu dimulakan pada Jun 2018 sehingga Julai 2020, sejumlah RM136,600 peruntukan telah dibelanjakan untuk tujuan itu.

bottom of page