top of page

Lelaki Bawa Senjata Berbahaya Ditahan di Tawau

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


14 April 2026


TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 59 tahun ditahan oleh polis bersama empat bilah taji ayam yang diklasifikasikan sebagai senjata berbahaya dalam satu operasi di Kampung Bukit Kukusan, Jalan Tanjung Batu, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin memaklumkan bahawa suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau. Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk tinggal di daerah tersebut.


“Semasa operasi, seorang lelaki berusia anggaran 59 tahun telah ditahan bersama-sama 4 bilah taji ayam panjang lebih kurang 15cm dipercayai milik suspek,” kata ACP Jasmin dalam kenyataan media hari ini.


Beliau menambah bahawa pemeriksaan lanjut mengesahkan suspek merupakan warga asing yang tinggal dan menetap di daerah ini tanpa dokumen perjalanan sah.


Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page