top of page

Lelaki Belasah Jiran Ditahan

  • nabalunews
  • 37 minutes ago
  • 1 min read

8 Jun 2025


TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas dilaporkan membelasah jiran hingga cedera dalam kejadian di Flat Sri Balung, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Kimisioner Jasmin Hussin berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa yang berusia 60-an keluar daripada rumahnya.


Katanya, mangsa dilaporkan didatangi suspek secara tiba-tiba sebelum dipukul menggunakan objek keras di bahagian kepala.


“Mangsa yang cedera naik semula ke rumahnya dan meminta isteri menghubungi pihak polis dan ambulans bagi mendapatkan bantuan.


“Mangsa kemudian tampil di balai polis susulan kejadian tersebut untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, bertindak atas kejadian itu, sepasukan polis dari Balai Polis Sri Indah bertindak mengesan dan berjaya menahan suspek berusia 44 tahun di flat yang sama.


Katanya, suspek turut menyerahkan sebiji mangga kunci disyaki digunakan untuk mencederakan mangsa.


“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page