top of page

Lelaki cedera, motosikal terbabas sebelum terbakar

  • nabalunews
  • Dec 7, 2024
  • 1 min read


7 December 2024


SANDAKAN: Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbakar di Taman Fajar, Batu 7, di sini, tengah malam Jumaat.


Mangsa berusia lingkungan 20-an, diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK)m


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu jam 12.47 tengah malam.


“Setiba di lokasi, didapati sebuah motosikal terbabas di bahu jalan dan terbakar sepenuhnya.


“Penunggang yang cedera diberi rawatan oleh paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke HDOK menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan media.


Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran, satu pancutan dengan sumber air dari jentera.


“Operasi terkawal pada jam 1.02 pagi dan selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan dua minit kemudian,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page