top of page

Lelaki dikehendaki kerana terbabit kes samun berkawan

  • nabalunews
  • Nov 9
  • 1 min read

 Lelaki dalam senarai dikehendaki polis ditangkap di Lapangan Terbang Tawau, semalam.
 Lelaki dalam senarai dikehendaki polis ditangkap di Lapangan Terbang Tawau, semalam.

9 November 2025


TAWAU: Seorang lelaki dikehendaki kerana disyaki terbabit kes samun berkawan menggunakan senjata di Cheras 11 tahun lalu, berjaya ditahan polis di Lapangan Terbang Tawau sekitar jam 4 petang, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan berusia 39 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.


Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek terbabit dalam kes samun berkawan menggunakan senjata di Cheras pada tahun 2014, di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


“Suspek juga pernah mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kes jenayah berat termasuk di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan semakan terhadap rekod kesalahan lampau sedang dijalankan.


Mengulas lanjut, Jasmin menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu dikehendaki polis bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page