top of page

Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM5,500

  • nabalunews
  • Apr 19
  • 1 min read


19 April 2025


PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan bersama dadah bernilai RM5,500 dalam operasi yang dijalankan di daerah ini, Khamis lalu.


Dalam operasi kira-kira jam 8 malam itu, lelaki terbabit ditemui bersama dadah jenis syabu seberat 54.23 gram.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.



Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu.


“Ketika ditahan, suspek dikesan memiliki lima paket plastik disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM5,500.


“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kes disasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.


Katanya, sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, pesalah hendaklah juga diaebat tidak kurang 15 sebatan.


“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama dan suspek juga sedang ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.


Sehubungan itu, Sammy mengingatkan masyarakat supaya tidak terjebak demgan penyalahgunaan dadah.


Katanya, masyarakat perlu terus menjadi mata dan telinga polis bagi menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras gejala dadah.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page