top of page

Lelaki ditemui meninggal dunia di rumahnya

  • nabalunews
  • Jul 23, 2025
  • 1 min read

Asisten Komisioner George Abd Rakman
Asisten Komisioner George Abd Rakman

23 Julai 2025 


SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia di stor rumahnya di Kampung Sim-Sim, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa pada jam 9.33 malam.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sandakan terus dikerah bergegas ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi, pasukan polis menemui seorang lelaki tergantung di dalam bilik stor di rumahnya dan dipercayai telah meninggal dunia.


“Saksi kejadian yang juga keluarga mangsa berada di rumah dan juga orang pertama yang menemui mangsa tergantung sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, berdasarkan makluman keluarga mangsa, lelaki terbabit dikatakan mempunyai masalah kesihatan.


Katanya, mayat mangsa terus dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk tindakan selanjutnya termasuk proses bedah siasat. 


“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini ia diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page