Lelaki Hilang Di Sungai Dikhuatiri Dibaham Buaya
- nabalunews
- Jul 6
- 1 min read

6 Julai 2025
KINABATANGAN: Seorang lelaki yang hilang ketika memancing di Sungai Ladang Tomanggong, Sukau, di sini, hari ini, dikhuatiri dibaham buaya.
Mangsa yang dikenali sebagai Mare Miri, dilaporkan hilang kira-kira jam 1 petang sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Yus Pg Pinsin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan daripada Balai Polis Sukau, pada jam 1.14 petang.
Katanya, sepasukan anggota bersama kenderaan pacuan empat roda terus digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 55 kilometer dari balai.
“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.
“Operasi SAR turut dibantu sepasukan anggota polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, maklumat lanjut dan perkembangan operasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Comentários