top of page

Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya

  • nabalunews
  • 15 hours ago
  • 1 min read


2 Mei 2025


KINABATANGAN: Seorang lelaki dikhuatiri menjadi mangsa serangan buaya selepas dilaporkan hilang di Sungai Suan Lamba, berhampiran ladang Sepagaya, di sini, semalam.


Lelaki dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an itu dikatakan hilang selepas turun ke sungai untuk menjala ikan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan sekitar jam 4.10 petang.



Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi untuk membantu mencari mangsa.


“Menerusi makluman awal, mangsa disedari tidak pulang ke rumah selepas keluar menjala ikan pada tengah hari semalam.


“Hanya selipar dan peralatan menjala milik mangsa ditemui berhampiran tebing sungai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.


Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang dijalankan dengan dibantu penduduk kampung di sekitar kawasan sungai berkenaan.


“Mangsa dipercayai bukan warganegara, namun identitinya masih belum disahkan setakat ini dan usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan.


“Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page