LELAKI HILANG DITEMUKAN LEMAS DI KG ROSOB, PITASLELAKI HILANG DITEMUKAN LEMAS DI KG ROSOB, PITAS
top of page
  • nabalunews

LELAKI HILANG DITEMUKAN LEMAS DI KG ROSOB, PITAS



23 Nov 2020


KUDAT: Mayat lelaki yang dilaporkan hilang dua hari lalu ditemukan terapung di perairan sekitar Kg.Rosob Pitas, di sini, pagi kelmarin.


Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, lebih kurang 7.30 pagi kelmarin, pihaknya menerima maklumat mengenai satu mayat ditemukan terapung oleh pekerja bagang sekitar kampung tersebut.


“Semua aset yang terlibat dalam pencarian ini segera ke lokasi untuk siasatan dan pengesahan.


“Adik mangsa telah mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang hilang, Hamlee Sinabil, 50, dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tidakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Dengan penemuan mayat mangsa ini, Operasi CARILAMAT yang bermula 19 November itu ditamatkan pada jam 9 pagi tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat serta pihak yang membantu sepanjang pencarian mangsa.


Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan dan salah laku jenayah yang berlaku di laut ke talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24jam.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page