top of page

Lelaki lemas ketika menyelam di pantai Simpang Mengayau, Kudat

nabalunews

25 Julai 2024


KUDAT: Seorang lelaki ditemui mati lemas ketika melakukan aktiviti menyelam dan menembak ikan di pesisir pantai Simpang Mengayau, di sini, malam tadi.


Nikalmon Yusuf, 30, ditemui orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.40 malam.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 28 kilometer dari balai.


“Setiba di lokasi mangsa ditemui oleh orang awam pada 7.30 malam dan diberi rawatan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.


“Tindakan pasukan bomba kemudian memberi CPR dan menghantar ke Hospital Kudat menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.


"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 8.24 malam," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page