Lelaki Lemas Selepas Hilang Di Hutan
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

3 Februari 2026
KIMANIS: Seorang lelaki yang hilang ketika mencari hasil hutan di kawasan Kampung Mandugi, di sini, ditemui lemas di sungai berhampiran, petang tadi.
Lelaki berusia 58 tahun itu ditemui pada jam 4.12 petang oleh pihak berkuasa yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima makluman penemuan mangsa daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 10.02 pagi.

Katanya, mangsa berjaya ditemui di kawasan sungai oleh pasukan penyelamat bersama penduduk kampung kira-kira 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).
“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan operasi membawa keluar mangsa menggunakan bot penduduk kampung sebelum dibawa ke PKB menggunakan alat pengusung (stretcher).
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak pilis sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.26 petang.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Langkawit, Papar berjumpa rakannya di Kampung Mandugi pada 1 Februari lalu.
Mangsa kemudian dikatakan masuk ke kawasan hutan berhampiran untuk mencari hasil hutan sebelum disedari hilang.


















Comments