TERAJU Aspirasi Outreach Sabah 2026 Tawar Peluang Kolaborasi dan Pertumbuhan Perniagaan
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

3 April 2026
KOTA KINABALU: Program TERAJU Aspirasi Outreach Sabah 2026 dijadual berlangsung pada 9 April depan di Sabah International Convention Centre (SICC), menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.
Inisiatif anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini bakal menjadi platform penting bagi membuka ruang kolaborasi strategik, perkongsian inisiatif serta jaringan perniagaan dalam kalangan usahawan, syarikat dan agensi berkaitan.
Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk meneroka potensi kerjasama baharu serta memperluas dan menskalakan penciptaan nilai syarikat masing-masing selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi negara.
Menurut penganjur, penyertaan adalah terhad dan orang ramai khususnya komuniti usahawan Bumiputera digalakkan untuk mendaftar segera m.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran melalui laman sesawang rasmi TERAJU di teraju.gov.my atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada bahan promosi.
Penganjuran program ini dijangka memberi impak positif dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera di Sabah, selaras dengan agenda memperkasa ekonomi negara.















Comments