top of page

Lelaki Maut Diserang Buaya

nabalunews
Jul 15, 2025
1 min read

15 Julai 2025


SANDAKAN: Seorang lelaki yang hilang ketika merambat ikan di Sungai Taman Kenari, di sini, sejak semalam, ditemui meninggal dunia dipercayai dibaham buaya.


Mangsa yang dikenali sebagai Obing Markum, 30-an, ditemui pada jam 2.14 petang oleh pasukan bomba kira-kira 1 kilometer daripada lokasi kejadian.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.40 petang,” katanya.


Menurutnya, operasi melibatkan lima anggota bomba serta kerjasama PDRM, APM, Jabatan Hidupan Liar, Pasukan Polis Marin dan orang awam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti merambat ikan di kawasan berkenaan.

Penduduk kampung yang cuba mencari mangsa kemudiannya menemui bot mangsa di tepi sungai dengan kesan gigitan buaya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page