top of page

Lelaki maut kemalangan 2 kenderaan di Jejambat Tanjung Aru

nabalunews


13 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala 2 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di jejambat Jalan Tanjung Aru - Kota Kinabalu, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.08 petang tadi.


Katanya sepasukan 9 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari balai.


"Kemalangan jalan raya melibatkan 2 buah kenderaan jenis Proton Saga Aeroback dan Perodua Viva telah bertembung.


Terdapat 3 orang mangsa terlibat berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba. Mangsa di kenderaan Perodua Viva mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam.


"Terdapat 2 orang mangsa di kenderaan Proton Saga Aeroback. Seorang mangsa (pemandu) disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


"Manakala seorang lagi mangsa hanya mengalami kcederaan dan telah dihantar ke Hospital Queen 1 menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


Operasi bomba ditamatkan jam 8.09 malam.


Katanya mangsa yang meninggal dunia dikenali Armada Said, 56 tahun.

댓글


bottom of page