top of page

Lelaki melecur, dua bot terbakar di Tawau

  • nabalunews
  • Sep 30, 2024
  • 1 min read

29 September 2024


TAWAU: Seorang lelaki melecur di tangan dalam kebakaran membabitkan dua buah bot di jeti pasar ikan, di sini, pagi ini.


Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.41 pagi.


Katanya sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari balai.


"Kebakaran melibatkan 2 buah bot ekspres milik syarikat NZ Express dan Seri Putera Express, telah terbakar 10% setiap bot.


"Api berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba.


"Terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan (melecur) di bahagian tangan telah dibawa ke hospital oleh orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.


“Pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan kebakaran untuk memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi ditamatkan jam 8.11 pagi,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page