Lelaki memukat ikan hilang dikhuatiri dibaham buaya
- Wartawan Nabalu News
- Jul 17, 2024
- 1 min read

17 Julai 2024
KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 35 tahun hilang dikhuatiri di baham buaya ketika sedang memukat ikan di sungai Kampung Sobak Perpaduan, di sini, petang semalam.
Difahamkan lelaki tersebut memukat di sungai tersebut bersama anaknya berusia 10 tahun yang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.
Operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung kini masuk hari kedua.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.07 malam.
Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari BBP Kinabatangan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 41 kilometer dari balai untuk mendapatkan maklumat lanjut di lokasi.
"Pasukan bomba dimaklumkan mangsa hilang selepas diserang buaya ketika memukat ikan di sungai bersama anaknya, kira-kira 4 petang.
Manakala anaknya pula selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba tidak dapat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam akibat keadaan cuaca tidak mengizinkan ekoran hujan.
"Operasi mencari hari kedua bermula jam 10.30 pagi hari ini dan dijalankan di sepanjang sungai.
"Operasi mencari ditangguhkan jam 5.30 petang tadi dan akan disambung semula esok. Namun setakat ini mangsa belum ditemukan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Mangsa yang hilang dikenali Kami Antong, 35 tahun.















Comments