top of page

Lelaki Miliki Dua Senapang Buatan Sendiri Ditahan.

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

12 Julai 2025


BELURAN: Seorang lelaki ditahan selepas didapati memiliki dua senapang buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Wasai, Telupid, Khamis lalu.


Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilaksanakan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.


Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, serbuan dijalankan pihak polis hasil daripada risikan dan maklumat awam.


Katanya, sebaik serbuan, pasukan operasi menemui dua laras senjata iaitu senapang patah jenis ‘bakakuk’ dan senapang guli.


“Suspek berusia 39 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk siasatan lanjut.


“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sehubungan itu, Hasan menasihatkan orang ramai supaya tidak memiliki, membuat atau menyimpan sebarang senjata api buatan sendiri kerana ia adalah kesalahan serius.


“Polis tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiatkan operasi serta pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras pemilikan senjata api secara haram,” katanya.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page