Lelaki panjat kren di tapak pembinaan di Luyang, turun sendiri
- nabalunews
- Apr 7
- 1 min read

7 April 2025
KOTA KINABALU: Seorang lelaki mencetuskan detik cemas pagi tadi apabila dilaporkan berada di hujung sebuah kren menara di sebauh tapak pembinaan di Luyang, sebelum berjaya turun sendiri dengan selamat dan diserahkan kepada pihak polis.
Menurut Komander Operasi, PBK I Benny Lim, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 6.57 pagi dan tiba di lokasi pada jam 7.08 pagi, sejauh tiga kilometer dari balai.
“Komander Operasi melaporkan terdapat seorang lelaki berada di hujung kren di kedudukan atas sebuah bangunan dalam pembinaan bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Luyang.”
Tambah beliau, lelaki berkenaan turun dengan sendirinya dalam keadaan selamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Operasi melibatkan lapan anggota BBP Penampang bersama dua jentera, FRT-1 dan EMRS-1, serta dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Comments