top of page

Lelaki simpan senjata api tanpa lesen ditangkap polis

  • nabalunews
  • Jul 19, 2025
  • 1 min read

19 Julai 2025

TAWAU: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki menyimpan senjata api tanpa lesen dalam serbuan di kawasan Kalabakan, semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 34 tahun ditahan bersama senjata jenis bakakuk dan senapang angin.


Katanya, pihaknya turut merampas dua batang paip besi, satu bentuk rangka senjata api yang tidak lengkap dan tiga bisi peluru berlainan jenis.


“Senjata berkenaan cuba disembunyikan dengan ditutup menggunakan kain hitam dan diletakkan di kawasan semak berhampiran rumahnya.


“Bagaimanapun senjata berkenaan berjaya dikesan polis dan terus ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan yang menjalankan Ronda Cegah Jenayah (RCJ),”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, suspek dibawa ke Balai Polis Kalabakan dan diserahkan ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page