top of page

Lelaki Tempatan Diberkas Kerana Cederakan dan Ugut Jenayah di Tawau

  • nabalunews
  • Apr 5
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


5 April 2026


TAWAU: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam kes mencederakan dan ugutan jenayah dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Dominic, jumaat lepas.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari oleh pasukan Strike Team Balai Polis Tawau bertindak atas maklumat berkaitan kes yang sedang disiasat.


Beliau memaklumkan bahawa semakan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.


Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mencederakan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).


Dalam pada itu, ACP Jasmin menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah serta sentiasa mematuhi undang-undang.


"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara," tegas beliau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page