top of page

Lelaki tergantung di dahan pokok

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 1 min read


4 April 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan bukit berhampiran Kampung Kibagu, di sini, hari ini.


Lelaki berusia 20 tahun itu ditemui pada jam 1 petang dalam keadaan tergantung dengan tali di kawasan lereng bukit kampung berkenaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu di lokasi pada jam 1.23 petang.


Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


"Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati benar terdapat seorang lelaki tergantung di dahan sebatang pokok.


"Pasukan operasi terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk menurunkan mangsa menggunakan tali penyelamat dengan kaedah sistem takal," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).


Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.55 petang,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page