Lelaki terperangkap dalam lumpur di sawah padi, diselamatkan bomba
25 Oktober 2024
KOTA BELUD: Seorang lelaki terperangkap dalam lumpur ketika sedang meracun rumput di sawah di Kampung Tempasuk II Kota Belud, petang tadi.
Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bertindak mengeluarkan mangsa dari lumpur dengan bantuan penduduk kampung.
Selepas dikeluarkan dari lumpur, mangsa seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga dalam keadaan selamat.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi operasi bomba ditamatkan jam 3.57 petang.
Maklumat mangsa tidak diperolehi.
Ketua BBP Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.28 petang tadi.
Comments