top of page

Lelaki Warga Asing Ditahan Di Tawau Disyaki Pecah Rumah

  • nabalunews
  • Apr 5
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


5 April 2026


TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 20-an telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar Tawau, Khamis lalu.


Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama, oleh sepasukan Polis Strike Team dari Balai Polis Tawau berdasarkan maklumat dan risikan.


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan sehelai baju hijau tidak berjenama yang dipercayai dipakai semasa melakukan jenayah tersebut.


"Suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah yang sedang disiasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.


Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.


Hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.


PDRM menegaskan tidak akan berkompromi dengan kegiatan jenayah dan akan terus mempergiat operasi.


Orang ramai dinasihati meningkatkan keselamatan kediaman, peka terhadap persekitaran, serta segera melaporkan aktiviti mencurigakan kepada polis.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page