top of page

Lelaki warga emas ditemui separa sedar dalam rumah terkunci di Tawau

  • nabalunews
  • Jul 30, 2025
  • 1 min read

30 Julai 2025


TAWAU: Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun ditemui dalam keadaan separa sedar di dalam bilik rumahnya yang terkunci di Jalan Cole Adam, Bandar Tawau pada Isnin lalu.


Menurut Komander Operasi, PBK I Rosliee Suyut, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem MERS999 pada jam 9.29 malam yang memohon bantuan untuk membuka pintu rumah yang terkunci.


“Pasukan Bomba bertindak membuka pintu terkunci menggunakan peralatan khas dan mendapati seorang mangsa lelaki di dalam bilik rumah yang terkunci dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


Operasi yang bermula pada jam 9.38 malam tamat sepenuhnya pada jam 9.55 malam selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.


Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau terlibat dalam operasi tersebut, dengan bantuan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga anggota KKM.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page