Lembaga Pengampunan setuju, hukuman Najib dikurangkan, dibebaskan 23 Ogos 2028
- Wartawan Nabalu News
- Feb 2, 2024
- 1 min read

2 Februari 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 memutuskan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dikurangkan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.
Menurut kenyataan Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.
“Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029,” menurut kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan itu dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lepas.















Comments