top of page

Lesen operasi restoran tidak boleh diperbaharui jika tandas kurang tiga bintang – MPP

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

2 Disember 2025


PENAMPANG: Majlis Perbandaran Penampang (MPP) menetapkan premis restoran yang gagal memperoleh penarafan kebersihan tandas sekurang-kurangnya tiga bintang tidak akan dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan dan lesen operasi, bermula 2 Januari 2026.


Dalam satu notis makluman yang dikeluarkan hari ini, MPP berkata ketetapan tersebut merupakan langkah memperkukuh standard kebersihan di premis makanan demi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.


“Lesen perniagaan dan lesen operasi bagi premis restoran tidak akan dapat diperbaharui sekiranya penarafan kebersihan tandas kurang daripada tiga bintang.


“Sehubungan itu, semua pengusaha restoran diminta segera membuat semakan penarafan masing-masing serta mendapatkan maklumat lanjut di Bahagian Kesihatan, MPP,” menurut notis makluman itu.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 088-711711 / 711713 atau hadir ke kaunter pelesenan atau kesihatan MPP.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page