Lihat Sabah dari perspektif berbeza dalam penggubalan rancangan pembangunan negara - DonaldLihat Sabah dari perspektif berbeza dalam penggubalan rancangan pembangunan negara - Donald
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Lihat Sabah dari perspektif berbeza dalam penggubalan rancangan pembangunan negara - Donald


Senator Datuk Donald Mojuntin

13 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa supaya melihat Sabah dari perspektif yang berbeza dan empati yang tinggi apabila menggubal rancangan pembangunan negara.


Ahli Dewan Undangan Negara, Senator Datuk Donald Mojuntin berkata, ini kerana Sabah sering kali didengar sebagai negeri yang ketinggalan dari segi pertumbuhan ekonomi, pembangunan asas dan infrastruktur, termasuk status Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia.


Tambahnya, Sabah juga masih memegang “pingat emas” dalam hal-hal seperti jumlah pengangguran yang terbanyak dan liputan internet yang terburuk, walaupun sudah sebanyak 11 Rancangan Malaysian dilaksanakan dan peruntukan disalurkan dari persekutuan setiap tahun.


“Kajian khusus demografi Sabah sebagai negeri yang lebih beşar daripada negeri-negeri yang lain, kecuali Sarawak, perlu dilaksanakan bukan sahaja dari segi keluasan dan kepadatan penduduk termasuk pendatang asing tanpa izin yang sudah mencecah satu juta orang di Sabah, tetapi juga dari segi geografi, kebudayaan, sejarah, cabaran-cabaran modal insan dan daya saing penduduknya.


“Pendekatan yang lebih strategik penting bagi memanfaatkan sepenuhnya inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Sabah. Kerajaan Pusat harus memastikan pelaksanaannya memberi impak signifikan kepada Sabah dan rakyat majmuknya,” katanya dalam ucapan perbahasannya semasa Sidang Dewan Rakyat, hari ini.


Menurut Donald yang juga Timbalan Presiden Upko, tahap kemiskinan tegar di Sabah sangat tinggi mengikut statistik 2020 di mana tahap di Sabah adalah 25.3 peratus berbanding 8.4 peratus di peringkat nasional.


Justeru, katanya Sabah harus diberi tumpuan khusus dan pengurangan tahap kemiskinan ini harus diletakkan sebagai matlamat utama dalam RMK-12 agar objektif khusus yang ditetapkan dapat dicapai secara menyeluruh dan tidak lagi diulang-senaraikan dalam setiap RMK yang akan datang.


“Pertumbuhan sosioe konomi Sabah juga perlu diberi keutamaan. Dalam ini saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan pusat kerana mengkhususkan satu bab dalam RMK-12 dengan matlamat untuk memperkukuh pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak.


“Saya berharap Rolling Plan Pertama (RPI) RMK-12 akan memberi tumpuan yang fokas kepada projek pembangunan seperti mempertingkatkan serta memperluaskan lagi liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di kawasan-kawasan luar bandar Sabah, memperhebatkan lagi Program Jalan Luar Bandar dan Program Perhubungan Desa.”


Donald turut menyatakan bahawa Kerajaan harus memastikan penyiapan segera projek pembangunan utama yang sedang dilaksanakan seperti Lebuhraya Pan Borneo, Projek Menaiktaraf Pelabuhan Kontena Sepanggar Bay dan Projek Menaiktaraf sekolah-sekolah daif.

bottom of page