top of page

Ewon terima kunjungan dua menteri Bahrin bincang kerjasama strategik dalam sektor PKS

  • Wartawan Nabalu News
  • May 6
  • 1 min read

Ewon (kiri) dan Khairul Dzaimee (kanan) menyaksikan Noor Ali Alkhulaif menandatangani buku sempena kunjungan itu.
Ewon (kiri) dan Khairul Dzaimee (kanan) menyaksikan Noor Ali Alkhulaif menandatangani buku sempena kunjungan itu.

6 Mei 2025


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat dua menteri dari Kerajaan Bahrain di pejabatnya di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.


Delegasi Bahrain itu diketuai oleh H.E. Noor Ali Alkhulaif, Menteri Pembangunan Lestari merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (EDB), serta H.E. Abdulla Adel Fakhro, Menteri Perindustrian dan Perdagangan Bahrain (MOIC).


Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam bidang keusahawanan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Perbincangan turut melibatkan pertukaran pandangan mengenai inisiatif bersama yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa sektor PMKS, khususnya dalam sektor berimpak tinggi, berpotensi pertumbuhan besar serta pemerkasaan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan usahawan.

Delegasi Malaysia turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan), Datuk Haji Zamri Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Noor Afifah Abdul Razak serta ketua-ketua agensi di bawah KUSKOP.


Pertemuan tersebut menzahirkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara Malaysia dan Bahrain dalam bidang keusahawanan dan pembangunan PKS selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi mampan serantau.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page