Lim Kit Siang setuju MoU PH-Kerajaan disemak semulaLim Kit Siang setuju MoU PH-Kerajaan disemak semula
top of page
  • Nur Syafiqah Abdullah

Lim Kit Siang setuju MoU PH-Kerajaan disemak semula



19 November 2021

Oleh Nur Syafiqah Abdullah


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menyokong penuh supaya memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan disemak semula.


Beliau berkata, MoU itu perlu disemak semula sekiranya perkara itu dilihat sebagai ‘cek kosong’ untuk perbelanjaan menjijikkan seperti rumah bernilai RM100 juta untuk Najib (Datuk Seri Najib Razak).


“Saya menyokong penuh seruan Datuk Anwar Ibrahim untuk menyemak semula memorandum persefahaman kepercayaan perbekalan reformasi (CSR) yang ditandatangi di antara Perdana Menteri Ismail Sabri dengan Pakatan Harapan sekiranya perkara ini dilihat sebagai satu ‘cek kosong’ oleh kerajaan untuk perbelanjaan menjijikkan seperti rumah bernilai RM100 juta untuk Najib.


“Tidak ada mana-mana rakyat Malaysia yang baik yang boleh menyokong RM100 juta wang rakyat digunakan untuk memberikan rumah kepada Najib, sedangkan beliaulah yang bertanggungjawab menyebabkan negara kita kerugian berpuluh, malah beratus billion ringgit akibat daripada 1MDB dan skandal-skandal lain.


“Saya pasti abangnya sendiri juga, Nazir Razak, yang baru-baru ini menerbitkan buku bertajuk “What’s In a Name” juga tidak akan bersetuju,” kata Lim Kit Siang, dalam blognya hari ini.


Lim Kit Siang berkata, kerajaan sepatutnya menuntut Najib memulangkan berbilion ringgit, bukannya memperuntukkan RM100 juta.


Katanya lagi, perlu ada komitmen daripada kerajaan untuk tidak membelanjakan walau satu sen sekalipun untuk rumah RM100 juta Najib melainkan perkara itu diluluskan di Parlimen.


“Kerana saya percaya, Ahli-ahli Parlimen PN dan BN yang berfikiran baik juga pasti akan berasa jijik dengan idea RM100 juta wang rakyat digunakan untuk memberikan rumah kepada Najib.


“Apakah pendirian Presiden PAS dan juga Parti PAS dalam isu ini? Atau adakah mereka tidak mempunyai pendirian langsung?,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page