top of page
nabalunews

Lima individu terima sumbangan di bawah Program I Care Kadamaian


27 Disember 2024


KOTA BELUD: Program I Care Kadamaian yang diterajui oleh Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian terus memainkan peranannya dalam membantu masyarakat setempat.


Pegawai Perhubungan ADUN Kadamaian Shainim Epin, mengetuai usaha ini beberapa hari yang lalu.


Dalam program kali ini, dua penerima yang memerlukan menerima sumbangan berupa katil boleh laras. Sentoyon Linggin dari Kg Tambulaung Taginambur dan Sapili Bakong dari Kg Luminodip Tambulion masing-masing menerima bantuan tersebut.


Selain itu, tiga individu lain turut menerima sumbangan berupa alat bantu pendengaran. Penerima sumbangan tersebut ialah Sapinggar Nikus, Satu Kondiman, dan Epin Yandaman daripada Kampung Gaur Kota Belud.


Alat bantu pendengaran ini dijangka memberikan perubahan besar dalam kehidupan penerima, membantu mereka dalam menjalani kehidupan yang lebih selesa dan berkomunikasi dengan lebih baik.


Program I Care Kadamaian merupakan salah satu usaha berterusan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian untuk memastikan tiada golongan masyarakat yang terpinggir.

Comments


bottom of page