Lima negeri berisiko kebakaran hutan, JBPM bersedia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lima negeri berisiko kebakaran hutan, JBPM bersedia


27 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Lima negeri di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko untuk berlakunya kebakaran hutan sekiranya berlakunya pembakaran terbuka semasa fenomena El Nino yang dijangka berlaku tahun ini.


Ketua Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat dan Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata,  kawasan-kawasan yang terlibat ialah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, Sipitang dan Beaufort di Sabah, hampir keseluruhan Selangor, Johor selain Sarawak.


Jelas beliau, kawasan tersebut mempunyai kapasiti tanah gambut tinggi yang bersiko untuk terbakar jika berlakunya pembakaran terbuka.


Beliau berkata, JBPM sudah menjalankan koordinasi dengan beberapa agensi kerajaan dan pihak ladang bagi memastikan bekalan air dan paras parit berada pada tahap yang sesuai untuk mengelakkan kebakaran hutan.


"Langkah awal itu bagi memastikan pam, empangan dan paras air berada mengikut keperluan. Kawasan parit juga perlu berada paras iaitu 60 sentimeter. Kawasan hutan tersebut yang dikenal pasti melibatkan tanah gambut yang dimajukan dengan keluasan 201,000 hektar," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun di Hotel Perdana, di sini hari ini.





photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page