top of page

Lima Pelajar Tertuduh Tidak Mengaku Salah

  • nabalunews
  • Aug 20, 2025
  • 1 min read

20 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Lima pelajar sekolah yang dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak, di sini, berhubung kes buli arwah Zara Qairina Mahathir mengaku tidak bersalah.


Semua remaja terbabit membuat pengakuan itu atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap mangsa.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.


Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad berkata, semua tertuduh dibenar ikat jamin RM5,000 serta seorang penjamin dengan RM1,000 sebagai deposit.


“Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula.


“Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini.


Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima tertuduh mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada jam 10 hingga 11 malam, 15 Julai 2025.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page