top of page

Lions Club Sumbang Dana dan Peralatan Pendidikan Khas di Keningau

  • nabalunews
  • Mar 13
  • 1 min read

13 Mac 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Dalam usaha menyokong pendidikan khas, Lions Club Singapore Neesoon, Lions Club Kota Kinabalu Downtown dan Lions Club Keningau Downtown telah menyumbangkan RM3,000 tunai, peralatan taman permainan sensori, serta beg sekolah kepada 57 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Keningau.


Sumbangan ini diberikan sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Project Miracles', yang diilhamkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Bingkor, Dr. Vonn Primus.


Charter President Lions Club Keningau Downtown, Kennedy John, menekankan bahawa sumbangan ini bertujuan membantu perkembangan murid pendidikan khas.

"Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan menyokong perkembangan pendidikan khas demi masa depan murid," katanya.


Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Charter President Lions Club Singapore Neesoon, Lawrence Hair; Presiden Lions Club Kota Kinabalu Downtown, Kennard Koh; Past President dan Pengerusi Projek, Alyssa Lim serta Guru Besar SK Bingkor, Slyvester Balang.


Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran murid pendidikan khas dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page