top of page

Loji janakuasa gas 100 megawatt di Kimanis dijangka siap Oktober ini

  • nabalunews
  • Aug 14, 2025
  • 1 min read

14 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Sebuah loji janakuasa gas interim berkapasiti 100 megawatt di Kimanis dijangka siap pada Oktober ini.


Pengerusi Dynac JV Sdn. Bhd., Datuk Wira Ir. Md Sidek Ahmad berkata, projek yang bernilai hampir RM1 bilion itu bakal memperkukuh bekalan elektrik Sabah dan memberi manfaat kepada seluruh negeri.


"Pembangunan projek tenaga Kimanis ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu meningkatkan lagi atau membaik pulih keadaan elektrik khususnya di Sabah.


"Pelaksanaan projek telah diberikan kepada Dynac JV Sdn. Bhd. pada bulan September tahun lepas dan dijangkakan commissioning dan pelaksanaan projek akan bermula pada bulan Oktober tahun ini.


“Kami berharap dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan projek tenaga untuk memenuhi keperluan Sabah yang semakin meningkat,” ujarnya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.


Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Musa berkaitan perkembangan projek yang menambah kapasiti 100 megawatt ke dalam grid elektrik negeri sekali gus meningkatkan keupayaan dan kestabilan bekalan elektrik untuk jangka masa panjang.


Beliau yang diiringi Ketua Pegawai Operasinya, Sharizal Md Sidek turut memaklumkan projek tersebut juga memberi peluang dan membina kapasiti tenaga kerja tempatan.


"Kita juga menumpukan usaha untuk mengambil tenaga kerja terutamanya jurutera lepasan universiti di Sabah," tambahnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page