top of page

Lori 10 Tan Hilang Kawalan, Terbalik dan Terbakar – Pemandu 55 Tahun Maut

  • nabalunews
  • 15 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


6 April 2026


KOTA BELUD: Seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun maut apabila lori yang dipandunya hilang kawalan, terbabas ke kiri bahu jalan, lalu terbalik dan terbakar di Jalan Kota Belud–Kota Marudu, berhampiran Ulu Kukut, pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.38 pagi, mangsa yang merupakan pemandu lori tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum lori itu terbakar. Mayat mangsa ditemukan di dalam parit jalan.


Pegawai Perubatan Hospital Kota Belud mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat telah dihantar ke Unit Forensik hospital yang sama untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, memaklumkan bahawa hasil siasatan awal mendapati lori tersebut dalam perjalanan dari Kota Marudu menuju ke Kota Belud. Tiba di lokasi kejadian, pemandu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sehingga kenderaan terbabas ke kiri.


Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu, mematuhi undang-undang jalan raya, dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page