top of page

Lori Tiga Tan Terbakar di Jalan Tun Fuad Stephen

  • nabalunews
  • Aug 29
  • 1 min read

ree

29 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan pakaian dan beg musnah hampir 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Tun Fuad Stephen berhadapan Jesselton Quay, di sini, petang tadi.


Menurut Komander Operasi, PBK I Asama Bin Sariddin, pihak bomba menerima panggilan pada jam 3.00 petang sebelum tiba di lokasi tujuh minit kemudian dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.


“Kebakaran melibatkan sebuah lori jenis Daihatsu 3 tan membawa muatan barang-barang jualan (pakaian dan beg) milik Tong’s Departmental Store Sdn Bhd telah terbakar dalam anggaran 90 peratus,” katanya.


Beliau berkata operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran Hose Reel dengan sumber air daripada jentera bomba, dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.27 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.59 petang.


Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden itu.


Turut membantu di lokasi ialah dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala operasi diketuai oleh PBK I Asama Sariddin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page