top of page

LRA Moyog dijangka capai kapasiti penuh malam ini

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

24 September 2025


PENAMPANG: Loji Rawatan Air (LRA) Moyog dijangka mencapai kapasiti penuh mulai malam ini susulan kerja pemasangan paip penghantaran air mentah di Jalan Sogumau yang kini hampir siap.


Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dalam kenyataan memaklumkan, kerja pemasangan paip berukuran 700 milimeter itu telah mencapai 93 peratus kemajuan dan dijangka selesai sepenuhnya hari ini.


“Bagaimanapun, proses penstabilan agihan bekalan air ke kawasan terjejas memerlukan sedikit masa dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut lokasi,” menurut kenyataan itu.


Selain itu, katanya pemasangan paip air terawat berukuran 200 milimeter pula mencatatkan kemajuan 85 peratus dan dijangka siap selewat-lewatnya esok, sekali gus membolehkan bekalan air disambung semula ke kawasan terlibat.


“Jabatan ini kekal komited menyiapkan kerja mengikut jadual bagi memastikan pemulihan bekalan dapat dilaksanakan secepat mungkin. Kami amat menghargai kesabaran, kerjasama dan pemahaman semua pihak sepanjang tempoh gangguan ini,” tambah kenyataan itu.


Pada 18 September lalu, JANS memaklumkan paip penghantaran air mentah sepanjang 70 meter yang menghubungkan muka sauk Madziang ke LRA Moyog patah akibat runtuhan cerun yang berlaku di sepanjang Jalan Kampung Sogumau, di sini.


Berikutan insiden itu, kapasiti pengeluaran air di LRA Moyong berkurangan sebanyak 16 peratus iaitu kepada 155 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding 185 JLH biasa.


Sebelum ini, JANS memberi jangkaan kerja pemasangan paip baharu yang dimulakan pada 19 September siap dalam tempoh seminggu.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page