top of page
  • nabalunews

LTAKK capai 92 peratus pemulihan penumpang - Christina Liew

9 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) mencatatkan kadar pemulihan penumpang yang menggalakkan, mencapai sehingga 92 peratus bagi segmen domestik sepanjang tempoh 1 Januari hingga 5 Ogos tahun ini.


Sepanjang tempoh berkenaan, LTAKK mengendalikan seramai 4,578,661 penumpang, berdasarkan laporan daripada Pengurus Kanan Lapangan Terbang (KKIA) Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) Jefry Ramli.


"Jika dibandingkan dengan jumlah 5,576,110 penumpang bagi tempoh yang sama pada 2019, kadar pemulihan keseluruhan adalah 82 peratus. Bagi segmen domestik, kadar pemulihan adalah 92 peratus manakala segmen antarabangsa ialah 63 peratus," katanya, lapor Utusan Borneo.


Christina turut menyentuh mengenai projek menaik taraf tandas di LTAKK, di mana Fasa Satu yang melibatkan lima buah tandas sedia ada sedang dijalankan dengan anggaran kos RM2.5 juta dan dijangka siap pada pertengahan September.


Fasa Dua, yang melibatkan kerja baik pulih 21 tandas sedia ada, dijangka dimulakan pada Oktober.


Selain itu, Christina juga akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bagi persiapan sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 16 September ini, di mana acara tersebut akan dihoskan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS).

Comentarios


bottom of page