top of page
  • Wartawan Nabalu News

MADIUS KEMUKA USUL MANSUH JASA



27 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau menghantar usul meminta kerajaan memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) atau apa juga nama baharu jabatan itu kelak.


Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan JASA atau apa pun jenama agensi itu kelak, hendaklah dimansuhkan sepenuhnya.


“Saya berharap Speaker Dewan Rakyat menerima dan membenarkan saya untuk membentangkan Usul tersebut semasa Perbahasan Bajet 2021 diperingkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.


Madius berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di peringkat dasar bagi kementerianya telah mencadangkan beberapa perubahan khususnya bagi butiran mengenai perluasan JASA.


Namun beliau tidak berganjak untuk memotong sepenuhnya peruntukan yang dicadangkan untuk jabatan tersebut.


“Oleh itu, saya telah menghantarkan satu usul pada pagi semalam di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa jumlah sebanyak RM1,242,464,900 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam Jadual kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (D.R. 16/2020) hendaklah dikurangkan sebanyak RM81,500,000 iaitu daripada peruntukan di bawah butiran 050000 (Kod Program/Aktiviti No. 050100 – Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) ) di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 (Kertas Perintah 26 Tahun 2020),” katanya.

ความคิดเห็น


bottom of page